Selasa, 21 September 2010

Ye ke dah nak kawen?????

Ni dia e -card hasil kerja tangan aku(riak lakkk aku ni)


Pehhh....ayat x menahan siap tande soal lak hahaha.....lain macam je ayat 2 dh cm konpius je ni.....Aku bukan pe semakin hari dh nk dekat ni makin gisau.AAAaa...jgn pikir yg bukan2 eh bukan gisau pe aku gisau lah byk lg brg lom prepare .Pning gak kpla ni duk pikir lg bpe bulan ni.Kad kawen pn x siap2 haaa hambikkkk koo.....Semlm baru dpt crik kompang mahal lak 2 tp pe kan daye dh kmpung sdiri x de kompang kne lah merempat kat kmpung org crik kompang.Sib baik de belas ihsan org dpt lah aku kompang klu x mmg x berkompang lah aku.Gamaknya mak2 dara g pak2 dara aku lah yang duk pukul kuali hahaha......Ari senin ari 2 secara rasminya aku umum kan majlis aku yang selalme ni ayu perukkan cm pekasam(cehhh...perasan cm artis lak,riak tolll).Aku wat pengumuman 2 kat fb ler ape lg siap aku wat e card,al- maklum lah kad x siapkan(padan muke aku)De beberapa pic dlm e-card ni aku amik kat cniii....http:www.magicclickers.com.Mintak halal eh sbb dh crik pic ni sbb dh tersuke lak....hehehe. Ari ni lak nk g kadai mak andam cik yazid nk jumpe dia pasal bju aku ni tp tah mne org tua ni g, smlm aku msj dia suoh dtg.Aku ni dh lah cm biskut kajp ade kjp ilang kang aku blik dia dtg lak aduhaiii pak cik....Mase majlis nnti aku berharap kwn2 lme dpt dtg(bukan sbb aku nk adiah ehhh...tp dh bg aku amikkk)tp sbb dh gindu gsenya nk jumpe kwn2 lme tah mcm mne lah gupe diorg kan.Yla mase 2 kdg2 x cukup matang lg skarg ni hampir smua dh jd mak org so mesti byk perubahankan dan time 2 lah klu nk gumpat,kutuk megutuk pun.Cm zaman skolah dulu ske nau kutuk mengutuk pas 2 gelak ramai2 ,x de lak smapai nk pinjam atok daining ny pisau nk tikam menikam.2 lah salah 1 memori mase skolah dlu smua sewelllll wayer kpala de yg tercabut x pn hampir tercabut......hahahaha.......

Selasa, 14 September 2010

Bakar jadi abu......

Mesti korang tertanye2 pe dia yang bakar???pe dia yg jd abu kan???ni lah pe yang terjadi baru2 ni dan berite paling hanggat.Pe lg klu bukan pasal kes pembunuhan Jutawan kosmetik susilawati lawiyah.Kes ni mmg tragis dan menyayat hati dan macam binatang org yg buat 2 smua.Pe2 pn aku sedekahkan alfatihah kpd ke4 mereka semoga mereka aman di sana AMINNNNN...........kat cni aku de selit2 kan keratan dr akbar & beberapa pic yang nak aku kongsi kan bersama

Pembunuhan kejam Sosilawati: Polis temui 6 keping zink dipercayai alas pembakaran


2010/09/15

SEBILAH pisau ditemui  ketika  operasi menyelam di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah, semalam.
SEBILAH pisau ditemui ketika operasi menyelam di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah, semalam.

Tiga jam tangan berjenama, kunci kereta Sosilawati dijumpai


BANTING: Enam keping atap zink yang mempunyai kesan terbakar, dipercayai digunakan suspek sebagai alas ketika membakar mangsa kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditemui penyelam Pasukan Gerakan Marin, di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang, dekat sini, petang semalam. Penemuan atap zink itu hasil soal siasat dua suspek yang turut dibawa oleh polis ke kawasan pencarian pada jam 5.20 petang semalam.
Polis juga menemui dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa dalam Sungai Kanchong Laut, di sini.

Jam lelaki berjenama mewah yang mempunyai nombor siri dipercayai milik seorang daripada tiga lelaki yang dibunuh, manakala Rolex dipercayai milik Sosilawati. Turut ditemui ketika operasi mencari ialah sebilah pisau dan sebatang besi, tetapi tiada kaitan dalam kes berkenaan.

Difahamkan, polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan. Penyelam dilihat menggunakan alat pengesan besi bagi mengesan senjata dan barang peribadi yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan.

Ketika operasi, polis turut membawa tiga suspek bagi memudahkan pengecaman barang yang dijumpai dan mereka hanya menggeleng atau menganggukkan kepala apabila ditunjukkan barang yang ditemui.
Selain anggota polis dan petugas media, penduduk kampung dan orang awam turut berkumpul di tepi jalan berhampiran lokasi pencarian untuk melihat lebih dekat operasi, manakala anggota Trafik mengawal lalu lintas dan menghalang orang ramai daripada berkerumun lebih dekat di kawasan operasi.

Sementara itu, tiga kenderaan Pasukan Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat memasuki kawasan Ladang Gadong dekat sini, kira-kira jam 5.50 petang bagi membantu polis menyiasat kes bunuh dan bakar itu.

Dalam pada itu, seorang suspek dibawa ke dalam semak berhampiran Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di Subang Jaya iaitu tempat kereta BMW milik Sosilawati ditemui, bagi mencari barang kes dipercayai kunci kereta mewah berkenaan.

Selepas hampir setengah jam berada di kawasan semak itu, polis menemui barang kes yang mungkin boleh dijadikan bukti.

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dibunuh 10 malam 30 Ogos
2010/09/15


Foto



Foto





Foto







Foto

ANGGOTA Unit Gerakan .Marin menggunakan alat mengesan logam bagi mencari barangan milik mangsa di Sungai Kanchong Laut, Banting, semalam



KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan. Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.
“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.

Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh



10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting




Sememangnya lumrah alam yang idup pastikan mati tp bukan lah mati dgn care yg pnuh dgn tragis cmni......



Rabu, 8 September 2010

esok raya......


seperti tajuk post aku kali ni,semesti lah mood raya berkibar ni tp dlm waktu yg same ati ni makin berdebar2 coz hari yg dinanti smakin hmpir....Eh terlancung lak dr landasan k lah berbalik pd mood raya aku.Ni pagi ni pn still de lg kat opis sbb nk kasi duit gaye kat driber aku ni,ketupat pulut masih menenti untuk di bungkus di rumah 2.Aku cm terase cm kne tido je g ketupat mlm ni sbb x x bungkus lg wlupn dh tengah hari.Persiapan hari raya tahun ni alah kadar je sbb smua dana dibekukan,cpe yg bekukan????Aku sendiri lah yg beku kan sbb byk lg modal nk gunekan untuk bende lain.K lah x mo menceceh byk2 kang x siap lak ketupat aku ni ,sebelum aku mengakhiri bebelan untuk ari ni ingin aku mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua kwn2 yg mengenali diri ini.....
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama