Cinta.... dapat mengubah debu beralih emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat, dan kemarahan, menjadi rahmat......
Khamis, 24 Februari 2011
Ade gupe nye.....
Selasa, 22 Februari 2011
Dive Cenote -Angelita
Isnin, 21 Februari 2011
Maulidur Rasul
Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan. Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah. Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka. Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah. | |||
Jangan main api lah antu
Gase2 cpe leh ckp cm 2 g antu"eh..antu jgn main api lah ...."pastu ckp lg"kang tebakau gentong lak ko kang...hihi..."cm lah berani nau nak ckp cm 2 g antu.Setakat ckp leh lah cbe buat tgk de brannnn x????Baru2 ni aku de terbace yang de omputih yang dtg ke msia nk wat kajian pasal api misteri yg dihadapi mak cik zainab sekeluarga.Omputih ni nk tau antu kat umah cik zainab ni same x g antu kat australia.Mmg dh sah2 lah antu ni x same sbb antu umah cik zainab ni ckp kelate tp antu omputih australia ni ckp omputih lah hihi......(gurau ehhh jgn mara antu2 sekalian) k kat cni de aku tepekkan cete dia aku amik dari utusan malaysia.
KOTA BHARU 19 Feb. - Penulis paranormal dari Australia, Paul Cropper hari ini menunaikan janjinya untuk bertemu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas dekat sini bagi mendapatkan maklumat tentang kejadian api misteri yang 'menyerang' keluarga tersebut sejak dua bulan lalu.
Cropper, 47, yang menulis buku poltergeist atau roh tidak tenteram yang menghantui seseorang itu tiba di bandar ini dari Sydney semalam khusus untuk menemu bual wanita berusia 73 tahun itu.
Pagi ini, beliau dibawa oleh wakil Mingguan Malaysia dan The Star bertemu dengan Zainab di rumahnya bagi mendapatkan maklumat tentang fenomena api misteri untuk melengkapkan kajiannya.
Pada pertemuan itu, Zainab turut memberikan cebisan tikar yang terbakar kepada Cropper untuk dibawa pulang ke Australia sebagai kenangan dan bahan kajiannya.
"Apa yang dilalui Zainab sama seperti apa yang dilakukan oleh poltergeist atau jin. Saya secara peribadi mengalami entiti seperti itu di Australia apabila makhluk-makhluk misteri berterbangan tanpa ada penjelasan yang wajar.
"Saya mahu membandingkan pengalaman Zainab dengan aktiviti paranormal yang berlaku di Australia," kata Paul ketika ditemui di sini hari ini.
Laporan Utusan Malaysia tentang kemunculan api misteri yang mengganggu keluarga Zainab di Kampung Penambang Bunga Emas dekat sini dua bulan lalu menarik minat pengkaji paranormal terkenal Australia itu untuk mengetahui keadaan sebenar.
Sehingga kini, lebih daripada lima pakar paranormal dari seluruh negara telah pergi ke rumah Zainab sejak berita tentang fenomena tersebut mendapat liputan meluas media.
Bagaimanapun kejadian serangan api misteri tersebut berakhir sejak beberapa minggu lalu.
Cropper yang kini bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi Australia berkata, beliau bukannya seorang pakar paranormal tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut dan mahu berkongsi bersama dengan para pembaca.
"Saya secara peribadi berdepan dengan entiti-entiti ini bertahun-tahun dulu dan sejak itu saya mengumpulkan laporan-laporan berhubung dengannya dari seluruh dunia untuk memahaminya dengan lebih baik.
"Saya menjangkakan buku itu akan siap dalam masa enam bulan dan saya akan masukkan pengalaman Zainab dalam buku terbaru saya ini," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya dalam menjalankan kajian ini dan tidak menjangka mendapat kerjasama daripada penduduk negara ini biarpun ada pihak yang memandang sinis terhadap kerja-kerja yang dilakukannya.
Sebelum ini, beliau bersama dengan Tony Healy dari Canberra, Australia telah menulis buku tentang legenda dan mitos Big Foot di negara tersebut The Yowie: In Search of Australia Big Foot'.
Kini kedua-dua mereka sedang menyiapkan buku berkenaan poltergeist di Australia dan Asia Tenggara.
Pasni cete pasal cik zainab ni akan dibukukan so negara kita akan terkenal tp sbb antu main api lah pulokkkkk...hihi....
LAGU TEKEK - Mirae TEKEK EDITION
Haaa...aku henggat cerrr...cecak ni dh tutp buku....gupenya kne bukak blik bile ade kwn aku ni pm aku kat fb.Tol x cik melah????....katenye ade org yg nk jual cecak ni.Aku ingt cicak ni mugkin susah nk jumpe kat negara kite ni.K lah mlas nk cete pasal cecak ni lyn je lah luahan hati si cecak ni eh
Ahad, 13 Februari 2011
14 Februari......
Semua org tahu bila sampai tarikh 14 februari,ade yang panggil velentine day,hari kekasih,hari memperinggati kekasihlah & mcm2 lg lah org panggil hari ni.Bagi aku yg mmg x penah sambut pn sblm ni,walaupun kerajaraan baru menguatkuasakan pengharaman sambutannyai x penah rasa faedah x atau pn istemewa hari ni bg kite org islam.Bg aku pada hari ni maksiat banyak berlaku & akan ramai lah baby2 yg akan lahir hasil dr sambutan ni.Masih teringat lagi aku masa kerja sbg housekeeping dlu.Bila velentine day hotel akan full house(bukan drama korea 2 eh hihi...)Bile petang waktu aku nk blik ramai lah umat manusia ni berpeluk2 masuk bilik,aku mmg x kisah klu bangse lain sbb aku sronok gak bile diaorg ni smbut.Untung2 esok dapat bunge ke diorg tinggal ,tp yg aku cukup kisah bila sedara seislam kite pn berpuluk sakan masuk bilik otel.Sbb nak sambut velentine lah katekan sambil 2 membaja sekali chittt...hampeh.....K kat cni aku de sikit info pasal versi velentine day ni,info ni aku amik kat http://www.aku-sempoi.com
Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.
Khamis, 10 Februari 2011
Mari kita main air......
Ni kes awl bulan ari 2, kire cete lame lah ni tp gase2 leh diteriama pakai lg x????huhu.....K lah meh sini aku nak menceceh pasal cete yg dh basi ni.Rasanya semua sedia maklum awl bulan ari 2 melaka & kawasan sekitarnya ujan selama 2 ari x henti2. So pe lg banjir r.......& rumah aku x terkecuali lah, pada mulenye smua ykin yg x akan bnjir sbb smua sungai dan parit dh di dlmkan.Tp ape kan daya kehendak allah x de cape leh sangkal bila ujan x henti2....air laut lak pasang .Bila malam ny aku tgk air di toilet & dapur dh naik aku mule lah gisau tp en abg aku ckp x de ape air naik sikit je 2 biase lah sbb rumah kami rendah.Esoknya bangun tido je aku trus ke dapur nk wat lawatan di tempat kejadian hihi....Aku terperanjat air dh penuh kat dapur tempat aku memasak & mula naik ke ruang makan.Nak dipendekkan cete pas aku balik bli barang dapur g en abg,aku tgk air dh masuk ke bilik apak mentuaku,sedikit di ruang tamu & bilik kamiiiii....whuaaaaaa...(cmne nk tido ni).....Kelam kalibut motobot lah kiteorg alih brg mne yg patut.Pas 2 bermula lah keadaan kami yg macam org perlarian masak semua diberanda rumah semua aktibiti pembungan(toilet)terpaksa menumpang di umah yg x tenggelam.Ptgny YB dtg melawat kami yg banjir ni huhu.....huhu.....Saksikan lah sedikit gmbo2 di tempat kejadian...
Rabu, 9 Februari 2011
Ade duit lame tak?????
Aritu dh puas g cicak pokkek semalam En suami cbuk duk tye aku de x dlm simpanan aku duit lame.Dalam 1 ari tu x de soklan lain lg yg dia nk tye ,x sudah2 dgn duit lame.bBle aku tye jwpan dia de org nk bli,nak x nk aku lyn jer lah dia.Balik je kje smlm aku trus selongkar tempat simapn duit lame aku.Aku mmg suke simpan duit lame2 ni, ske tgk.Dule byk aku simpan tp dh ilang dik penyamun yg masuk dlm umah.Ralat tol aku sbb aku mmg syg g duit 2.Sekarg yg ade dlm simpanan aku pn x byk sbb mmg susah nk crik bende 2.Balik jer kje dia trus ajak aku crik duit 2 dalam tabung.jenuh gak lah mengorek tabung.Tabung dh kosong tp duit yang dicarik still x jumpe,sian lak laki ni balik je kje trus ajak crik duit.Hasilnye...hampeee....Aku ckp dlu mmg aku de simpan duit 2 smua sbb aku dh asing duit2 lame ni tp dh kne samun smua g penyamun.Ni lah contoh pic duit yang laki aku duk cbuk mancari.....tp skrg dia dh x tye lg sbb dia dh mlas nk pikir hahaha.....
Selasa, 8 Februari 2011
Cicak pokke ke kokke?????
Malam tadi En abg aku suoh aku save intenet ,dia suoh aku ni crik info pasal cicak.Mule2 malas lak aku nak lyan dia,dah malam bute nk crik tau pasal cicak lak.Cam lah dh x de menatang lain nak di crik.....aduhaiiiii....(nak main game pn x leh )Dik sebab kan kesian & takut di cop bini derhaka aku ni pn crik lah dlm intenet 2.Mase nak mecari pn dh mule konpius, pe lah nme cicak ni ...kokke ke??? pokke????.Berbekalkan berokband yg lembap cm snail hini akhirnya aku berjumpe pe yg dicrik.Ni dia....
Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).