Gase2 cpe leh ckp cm 2 g antu"eh..antu jgn main api lah ...."pastu ckp lg"kang tebakau gentong lak ko kang...hihi..."cm lah berani nau nak ckp cm 2 g antu.Setakat ckp leh lah cbe buat tgk de brannnn x????Baru2 ni aku de terbace yang de omputih yang dtg ke msia nk wat kajian pasal api misteri yg dihadapi mak cik zainab sekeluarga.Omputih ni nk tau antu kat umah cik zainab ni same x g antu kat australia.Mmg dh sah2 lah antu ni x same sbb antu umah cik zainab ni ckp kelate tp antu omputih australia ni ckp omputih lah hihi......(gurau ehhh jgn mara antu2 sekalian) k kat cni de aku tepekkan cete dia aku amik dari utusan malaysia.
KOTA BHARU 19 Feb. - Penulis paranormal dari Australia, Paul Cropper hari ini menunaikan janjinya untuk bertemu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas dekat sini bagi mendapatkan maklumat tentang kejadian api misteri yang 'menyerang' keluarga tersebut sejak dua bulan lalu.
Cropper, 47, yang menulis buku poltergeist atau roh tidak tenteram yang menghantui seseorang itu tiba di bandar ini dari Sydney semalam khusus untuk menemu bual wanita berusia 73 tahun itu.
Pagi ini, beliau dibawa oleh wakil Mingguan Malaysia dan The Star bertemu dengan Zainab di rumahnya bagi mendapatkan maklumat tentang fenomena api misteri untuk melengkapkan kajiannya.
Pada pertemuan itu, Zainab turut memberikan cebisan tikar yang terbakar kepada Cropper untuk dibawa pulang ke Australia sebagai kenangan dan bahan kajiannya.
"Apa yang dilalui Zainab sama seperti apa yang dilakukan oleh poltergeist atau jin. Saya secara peribadi mengalami entiti seperti itu di Australia apabila makhluk-makhluk misteri berterbangan tanpa ada penjelasan yang wajar.
"Saya mahu membandingkan pengalaman Zainab dengan aktiviti paranormal yang berlaku di Australia," kata Paul ketika ditemui di sini hari ini.
Laporan Utusan Malaysia tentang kemunculan api misteri yang mengganggu keluarga Zainab di Kampung Penambang Bunga Emas dekat sini dua bulan lalu menarik minat pengkaji paranormal terkenal Australia itu untuk mengetahui keadaan sebenar.
Sehingga kini, lebih daripada lima pakar paranormal dari seluruh negara telah pergi ke rumah Zainab sejak berita tentang fenomena tersebut mendapat liputan meluas media.
Bagaimanapun kejadian serangan api misteri tersebut berakhir sejak beberapa minggu lalu.
Cropper yang kini bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi Australia berkata, beliau bukannya seorang pakar paranormal tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut dan mahu berkongsi bersama dengan para pembaca.
"Saya secara peribadi berdepan dengan entiti-entiti ini bertahun-tahun dulu dan sejak itu saya mengumpulkan laporan-laporan berhubung dengannya dari seluruh dunia untuk memahaminya dengan lebih baik.
"Saya menjangkakan buku itu akan siap dalam masa enam bulan dan saya akan masukkan pengalaman Zainab dalam buku terbaru saya ini," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya dalam menjalankan kajian ini dan tidak menjangka mendapat kerjasama daripada penduduk negara ini biarpun ada pihak yang memandang sinis terhadap kerja-kerja yang dilakukannya.
Sebelum ini, beliau bersama dengan Tony Healy dari Canberra, Australia telah menulis buku tentang legenda dan mitos Big Foot di negara tersebut The Yowie: In Search of Australia Big Foot'.
Kini kedua-dua mereka sedang menyiapkan buku berkenaan poltergeist di Australia dan Asia Tenggara.
Pasni cete pasal cik zainab ni akan dibukukan so negara kita akan terkenal tp sbb antu main api lah pulokkkkk...hihi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan