Adakah ini alasan yang paling mudah untuk Indonesia berikan selepas kekalahan besar 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil malam tadi? Ketika pasukan Malaysia kalah 5-1 pada peringkat kumpulan ditangan Indonesia, rakyat Malaysia tidak menerima alasan ini jika diberikan oleh pemain untuk menutup persembahan buruk.
Ketika itu, rakyat Malaysia menerima kekalah besar 5-1 dengan terima hakikat yang pertahanan Malaysia beraksi teruk pada perlawawan itu. Ketika itu juga, penyokong Indonesia turut menghalakan pancaran laser hijau kearah penjaga gol Malaysia, Sharbinee Allwee.Selepas perlawanan malam tadi, penyokong Indonesia yang tidak dapat menerima kekalahan disebabkan persembahan buruk pemain mereka terus melontarkan fitnah.Rakyat Malaysia bukan manusia yang tinggal diatas pokok, kami juga ada ASTRO untuk menonton Piala Dunia. Gambar diatas tu kabur la….Mai saya bagi gambar yang terang lagi bersuluh…Baru kita dapat tengok muka “penyokong Malaysia” yang bagi laser tu…Rupanya gambar ini diambil ketika Malaysia Vs Argentina ketika piala dunia yang lalu bukanlah gambar perlawanan malam tadi.
Persoalan : Adakah benar laser ini akan memberi kesan kepada persembahan penjaga gol?
Penjaga gol Liverpool menerkam kearah belon merah tidak kearah bola. Belon merah itu menggangu konsentrasi penjaga gol Liverpool.
Berbalik kepada perlawanan Malaysia 3-0 Indonesia ;
Ketiga-tiga gol dijaringkan selepas pengadil memberhentikan perlawanan selama 5 minit kerana gangguan pancaran laser yang dikatakan oleh penjaga gol Indonesia.
Gol pertama dan kedua : Adakah kesilapan/kelemahan bek kiri Indonesia itu disebabkan oleh pancaran laser? 2 gol itu semuanya berpunca dari kesilapan bek kiri Indonesia dan laser kelincahan Nurshahrul Idlan Talaha yang mengumpan baik kepada rakan sepasukan.
Gol Ketiga : Adakah Marcus diganggu ketika Safie menanduk?
Semua orang boleh nampak Safie menanduk bola itu tanpa dicabar oleh mana-mana pemain Indonesia. Salah laser atau salah pertahanan sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan